"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya". (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Hot!!! Produk Anugerah 2014

Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu


Harga

Semenanjung RM48.00
Sabah/Sarawak RM53.00

Huraian Produk
  • Anda mahu melancarkan darah, membuang angin dan merehatkan tubuh selepas bersalin?
  • Mahu kembali cantik selepas bersalin?
  • Sukar mencari tungku bersalin yang sesuai dengan anda?
Dapatkan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.

Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu.

Bertungku baik untuk ibu-ibu bersalin untuk melancarkan peredaran darah, membuang angin dan merawat gatal-gatal, kudis, sakit lutut dan ruam. Tungku perlu dipanaskan melalui kaedah mengewap (stim) lalu dituam ke badan terutama bahagian perut.

Namun tidak semua tungku berupaya menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dalam tempoh masa yang lama.

Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah menyelesaikan masalah itu. Ia mengandungi batu lava gunung berapi yang boleh menyimpan haba dalam tempoh yang lama, jadi anda tidak perlu menuamnya banyak kali dan dapat memanjangkan jangka hayat penggunaannya.

Ia juga membantu:
  • membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
  • mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
  • menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama berbanding tungku biasa.
  • juga mengandungi herba-herba tradisional seperti kunyit, bonglai putih dan serai wangi.
 Kandungan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu:
  •  Kunyit
  • Bonglai putih
  • Batu lava gunung berapi
  • Serai wangi
  • Halia
  • Lengkuas
  • Limau purut
  • Daun pandan
  • Sireh
  • Daun senduduk
  • Daun nilam
  • Kayu manis
  • Asam jawa
Cara-cara penggunaan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu adalah seperti berikut:
  1. Kukus tungku selama 10-15 minit.
  2. Selepas mencapai kepanasan yang sesuai, tuamkan tungku pada bahagian-bahagian badan seperti sendi-sendi, perut, pinggang, peha dan betis.
  3. Jika tidak mahu kukus, tuam tungku menggunakan seterika sehingga mencapai kepanasan yang secukupnya.
Jangka hayat penggunaan Tungku Bersalin Anugerah : 1 tahun.

Simpan di tempat kering.


Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Hakcipta Dipelihara 2014 Produk Anugerah | Rangkaian Produk Hasil Keajaiban Al-Quran
Inovasi & rekabentuk Blogger oleh MJasni AShukri yang dikuasakan oleh Fantasi Media
Dapatkan templat seperti blog ini sekarang!